October 28, 2009

"Dunia Perniagaan Melalui Internet"

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum waramatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya hormati En Nordin bin Jusoh selaku fasilitator kokurikulum asas pengucapan awam serta tidak dilupakan hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian..

Berdirinya saya disini adalah untuk membicarakan tentang "Dunia Perniagaan Melalui Internet"..Pada zaman yang serba moden dan canggih ini perniagaan melalui internet telah dipraktikkan dan semakin berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..Pelbagai cara yang digunakan seperti mempromosi pada laman-laman sesawang seperti friendster,myspace,facebook dan sebagainya.Selain itu,perniagaan ini juga boleh di papar pada forum-forum komuniti dan juga boleh dipraktiskan dengan menyertai program-program affiliate lain..Tetapi,pada hari ini,ingin saya mengulas dengan lebih lanjut tentang dunia perniagaan melalui blog..Ianya sangat seronok apabila kita melakukannya dengan penuh minat..

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,
Ramai orang berpendapat dan mungkin anda juga berpendapat bahawa menjana wang melalui blog adalah penipuan dan sukar untuk dikendalikan.Pengalaman mengendalikan blog membuktikan sebaliknya.Izinkan saya memperkenalkan apa itu blog kepada anda.Blog merupakan jurnal maya yang kerap dikemaskini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan.Blog menyediakan ruang kepada pembaca memberi respons segera tanpa sebarang bentuk tapisan.Ia ditulis secara tidak formal mengikut gaya tersendiri b'gantung kepada penulis berbanding dengan format penulisan media-media lain.Antara jenis blog ialah blog peribadi,blog fotografi,blog isu semasa dan juga blog panduan&sumber.

Hadirin sekalian,
Tibalah masanya untuk saya memberi beberapa langkah yang boleh diambil untuk anda menjana wang melalui blog.Yang pertama,apabila anda ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan melalui internet anda perlulah membuka akaun bank secara online.Ini bagi memudahkan transaksi antara pelayar(pembeli) dan penulis(pembekal)..Anda juga boleh membuka akaun paypal bagi transaksi luar negara.Hal ini selalunya apabila ada pihak yang ingin menggunakan kaedah cek.Yang kedua,anda boleh membuat duit dengan menjual produk sendiri ataupun dengan produk orang lain.Menjadi batu loncatan bagi anda sekiranya anda mempunyai produk sendiri untuk dipromosikan pada blog anda sendiri.Jika tiada,anda boleh menjadi orang tengah dengan memaparkan produk orang di dalam blog anda.Ini dapat menjana pendapatan secara sampingan.Yang ketiga,dengan membuat ulasan produk sesuatu syarikat,kita akan dibayar sedikit komisyen sekiranya ade pelayar yang berminat sekaligus membeli produk tersebut..Yang keempat,kita juga boleh menerbitkan komuniti dan seminar tertutup serta mengenakan bayaran kepada ahli.Ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan bukan?Yang kelima,dengan meneydiakan servis di blog seperti menjual kemahiran juga dapat menjana pandapatan yang lumayan.Inilah kelebihan seorang yang mahir dalam bidang IT dengan menjadi penganalisa sistem,pereka laman web serta penyedia coding html...Selalunya mendapat sambutan yang tinggi daripada pelayar2 internet.Selain daripada itu,anda juga boleh menyertai program-program affiliate seperti google adsense dan nuffnang.Penjanaan yang berganda menyebabkan ramai blogger menyertai program-program seperti ini.Pembayaran akan dilakukan sekiranya akaun anda telah melebihi paras yg ditetapkan dan anda akan dibayar melalui cek.

Sebagai penutup kata,
Membina blog serta menjana pendapatan melalui blog juga ada maksud yang tersendiri dalam mencapai kejayaan.Kejayaan yang kita ingin kecapi adalah berdasarkan kesungguhan dan strategi yang baik bagi membuat sesuatu perkara.Kejayaan blog datangnya dari kesungguhan.Pengetahuan adalah penting untuk berjaya.Pengetahuan asas adalah pintu kepada penguasaan kemahiran lanjutan.Inilah alternatif yang memerlukan kita bereksperimen dengan pengalaman baru ketika mana isu mencari wang melalui kaedah tradisional berhadapan dengan krisis.Seperti pengalaman para graduan berhadapan dengan dilema mencari kerja,tembok ketakutan perlu dipecahkan dengan menjadikan blog sebagai alternatif baru bagi menjana pendapatan..

Sekian,wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warah matullahiwabarokatuh....

p/s-->err..cukup ke 5-7 minit ni..cam terlebey je..hihi..final koko pengucapan awam is done!!berucap selama 5-7 minit di depan orang ramai..kene intonasi betol macam bersyarah atau berpidato..cuak jgkla

other p/s-->kawan2,cukup2la status ym yg kontroversi 2 ea..Ya Allah,damaikanlah hati2 kami..Amin..

3 comments:

Fazreen Jalaluddin said...

ym kontroversi??
hahaha,,,una ak x bwk r kete sem dpn,,
sem2 akn dtg kot,,or x bwk lngsung,,
hehehe,,

Husna Najihah said...

trase ler 2..hihi..
oh ala..asal x bwk..
tingin merase ko bwk kete especially kt2 bonjol jalan..:)

Husna Najihah said...

trase ler 2..hihi..
oh ala..asal x bwk..
tingin merase ko bwk kete especially kt2 bonjol jalan..:)

SO : 200509

Lets join me!

Nur Kasih

Lewat ini ku rasakan..Kasih kian ku dambakan..Resah hati yang ku pendam.. Pada takdir dan harapan..Detik waktu dan suratan..Siapa tahu ketentuan..Ku mencari cahayanya..Dalam bayang kegelapan..Nur kasih Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan..Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan..Dalam maya kesamaran
Nur kasih Nur kasih..Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki..Sinar pasti Janji suci yang abadi
Ooo kasih..Nur kasih Oh nur kasih Nur kasih
Aku kembali kerana..Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti..Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih Nur ya nur kasih

Nur nur kasih Nur kasih....


THANX JENGUK2 BLOG UNA ;)