March 7, 2017

PROSEDUR RENEW PASSPORT DAN PROSEDUR PASSPORT HILANG

Pagi ni setel kan hal di Jabatan Imegresen Putrajaya Tengok bangunan sebalah penuh lautan mat la.😝 lupa nak tangkap gambar. Masuk dalam bangunan tersedar balik oh masih di Malaysia sebab masih aman.

Jom nak share sikit info. Memang lama tak renew ni. Untuk RENEW PASSPORT sekarang wajib 5 tahun. Taktaula sejak bila berkuat kuasa. Tapi sekarang bukak 5 tahun sahaja takleh dah pilih nak 2 tahun macam dulu lagi. Kih3.

Tadi pergi jam 8.30am. Amik no giliran terus dipanggil. Untuk dewasa bawak ic. Untuk kanak kanak bawak salinan surat beranak dan salinan ic parent. Ic dan sijil lahir dipegang utk proses oleh pihak imegresen dan dapat semula lepas buat bayaran. Tangkap gambar kat situ je. Senang betul sekarang ni kan. Dulu masa 2008 kena bawak gambar passport sendiri. Last renew rasanya 2014 dah ade servis ni. Lupa plak urat banyak putus. Sekarang tangkap gambar kat kaunter je.

Lepas selesai tunggu dalam 15min macam tu no giliran dipanggil sekali lagi. Kali ni utk buat bayaran di kaunter bayaran. Masa ni ic dan surat beranak dipulangkan semula. Harga RM200 dewasa dan RM100 untuk kanak kanak. Dapat resit simpan. No giliran simpan jugak.

Lepas sejam membuat bayaran baru passport siap. Masa tu boleh la nak pergi breakfast ke ape.

Una shoot pergi balai polis sebab nk buat report polis. Miss conah nak selesaikan kes passport adik hilang.

Kes passport hilang ni procudure die leceh sikit la. Kena buat :

✅ Salinan laporan polis - 2 salinan
✅ Dapatkan cop pesuruhjaya sumpah
✅ Salinan IC - 2 salinan
✅ Siap dalam masa 5 hari
❌ Takde denda. Hanya bayar RM200 macam renew passport.

Ngam2 sejam passport una and haris siap boleh terus amik kat kaunter serahan. Guna no giliran. Tapi g je kaunter terus.

Adik plak baru nak renew semula. Nasib la tak ramai. Tapi tapi tapi.. Kes passport hilang ni lepas 5 hari baru boleh amik. Itula kot dendanya. Hahaha.

Jadi nasihat Una kalau passport hilang jangan la nak renew last minit. Kang ade jugak kena tinggal. 🚙🚙🚙